Hello!
Okay kita mulakan dengan bismillahir rahmanir rahim.
Harini aku terpanggil nak share pasal perjalanan kisah kulit aku (ewahh gituu ayat)
bukan lah apa, baru baru ni aku nampak kisah viral pasal ramai yang rosak kulit sebab pakai local product. Maaf kalau ada yang terasa dengan statement aku tu.
Aku bukan nak tutup periuk nasi orang lain. Okay first aku nak highlight, lain orang lain kulit. Mungkin ada yang sesuai dengan product tu, ada pulak yang tak sesuai. Biasalah tu kan? Kau tengok jiran kau punya la lawa, kau pun risik risik lah dia pakai product apa sambil sidai baju tuu ~ Bila kau pulak yang pakai alahai mencanak canak jerawat naik.
Aku nak bagitahu dulu skin type aku ni combination skin (slightly sensitive skin) ,
dulu masa aku zaman sekolah aku ada masalah jerawat (jerawat gatal haha) bila dah naik umur 20 gitu slowly jerawat tu dah takada tinggal parut parut je.
Aku obses nak dapatkan skin flawless , tanpa sebarang jerawat dan parut.
Kalau boleh nak licin selembut kulit baby! (haa kauuu gitu cita cita tinggi haha)
Seingat aku dalam awal tahun 2015, aku pun pakai satu product local "Brand T"
Oh saya beli original ye, bukan murah tau beratus terbang macam tu je
(sobsob nangis~)
(sobsob nangis~)
So bermulalah alkisah aku kat sini :
"saya adalah seorang pengguna yang GAGAL"
"saya adalah seorang pengguna yang GAGAL"
Untuk bulan yang pertama aku pakai tak ada masalah sangat, biasa biasa je. Rasa lah jugak beza kulit aku time tu macam tegang semacam, Cerah pun cerah tp nampak macam menipis. Masuk bulan yang kedua, mula la slowly naik jerawat yang kecik kecik tu dan makin lama tumbuh acik jerry :'(
Setahun jugak la aku menanggung, makin lama bukan makin elok tau tapi makan galak jerawat tu naik kat muka aku. Jenis yang dah macam nanah tu pastu taknak pecah. Ya Allah seksanya jangan cakaplah. Sampai kadang terpikir, aku kena buatan orang ke hahahahaha !!
(jauh betul pemikiran aku :p)
Sedih, rutin aku time tu pergi kerja balik kerja. Kerja aku time tu face ramai customer tau, so bukan setakat kawan je perasan customer aku pun tegur weh kenapa dengan muka aku
huwaah :(( (meraung)
Benda dah jadi nak patah balik pun tak boleh.
huwaah :(( (meraung)
Benda dah jadi nak patah balik pun tak boleh.
Aku pergi ke Klinik Kulit Dr Ranjit di Subang SS15.
Dia bagi aku pil antibiotik dengan cream malam costing dalam RM120 , tiap bulan kau kena pergi jumpa doc ambil ubat dan makan ubat hari hari. Tapi result dia, jerawat aku stop tapi still tak kecut (boleh tahan degil ye kau jerawat?)
Setahun berlalu .......
Aku dah terbiasa dan malas nak ambil port. Lantak kan lah nak tumbuh tumbuh! Ha sampai macam tu aku punya give up haha :D
Alhamdulillah rezeki aku awal tahun 2016 , aku ditegur sapa dengan sorang Amoi ni. Dia suggest aku untuk cuba satu product yang menjadi penyelamat aku.
Mula mula aku takut nak cuba, tapi aku ni jenis senang terpengaruh. Akhirnya aku buat research pasal product ni, memang dah lama bertahan and product pun base on Aloe vera. Aku rasa semua orang tahu Aloe vera ni elok untuk kulit kan?
Dari situ bermula aku cuba product ni and consistent dan mengharapkan miracle
letak la filter banyak mana pun, still boleh nampak kan muka aku tu?
yang ni without filter hujung tahun 2015
yang ni without filter hujung tahun 2015
bersambung ..... aku akan share apa yang aku pakai (mungkin boleh buat rujukan korang) and macam mana skin aku sekarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan